AGENDA

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini hanya urusan Titah Diraja

13 Mei 2020, 9:04 AM
Sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini hanya urusan Titah Diraja

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Sidang Dewan Rakyat pada Isnin ini hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata beliau menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis bahawa pihak kerajaan memutuskan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang akan berlangsung selama sehari itu, dipinda dengan urusan mesyuarat berkenaan.

Katanya, perkara itu adalah disebabkan penularan wabak Covid-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Menurut beliau Titah Diraja itu bermula pada 10 pagi dengan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang serentak.

"Tiada sidang selepas Titah Diraja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pindaan itu adalah selaras dengan Peraturan 11 (2) dan 15 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff berkata Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat akan mengeluarkan notis baru majlis persidangan Dewan Rakyat kepada semua ahli dewan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619