AGENDA

MB: Jadikan al-Quran pedoman mula kebiasaan baharu

9 Mei 2020, 7:48 AM
MB: Jadikan al-Quran pedoman mula kebiasaan baharu

SHAH ALAM, 9 MEI: Dato' Menteri Besar mengajak umat Islam menghayati peristiwa Nuzul al-Quran sebagai pedoman memulakan kebiasaan baharu susulan penularan Covid-19.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata umat Islam perlu mengamalkan segala kandungan al-Quran yang menjadi petunjuk kehidupan di dunia sehingga perjalanan ke akhirat.

"Dahulu al-Quran diturunkan pada era masyarakat jahiliah yang membunuh anak perempuan, menyembah berhala, menghambakan orang dan pelbagai amalan tidak elok.

"Kebiasaan baharu yang dibawa al-Quran yang melarang perbuatan masyarakat jahiliah ditentang, tetapi lama-kelamaan ia diterima menjadi perkara rutin masyarakat Islam sehingga sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Al-Quran Wakaf Yayasan Restu kepada Petugas Barisan Hadapan dan Pusat Kuarantin Covid-19 di kediaman rasminya hari ini.

Amirudin berkata peranan dan sumbangan al-Quran sangat besar kepada komuniti dunia dan masyarakat Islam khususnya.

"Jadi saya mengajak rakyat mempraktik kebiasaan baharu yang mungkin pada awalnya menjadi masalah besar, tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi perkara biasa kepada kita.

"Mungkin tahun ini semuanya berbeza dengan keadaan negara yang berperang dengan Covid-19, namun yakinlah kebiasaan baharu ini akan membawa kebaikan kepada kita semua," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619