AGENDA

Wan Azizah: Satu penghormatan dilantik pimpin negara

9 Mei 2020, 6:07 AM
Wan Azizah: Satu penghormatan dilantik pimpin negara

SHAH ALAM, 9 MEI: Pelantikan sebagai timbalan perdana menteri wanita pertama ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) adalah satu penghormatan untuk berkhidmat kepada rakyat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Parlimen Pandan berkata beliau gembira dapat menjalankan amanah membantu rakyat, antaranya melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

"Sebagai timbalan perdana menteri wanita pertama Malaysia, ia satu kebanggaan, Alhamdulillah ada banyak program, di bawah Nadma misalnya kita bantu mangsa bencana seperti pencemaran Sungai Kim Kim di Johor.

"Saya juga dilantik menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, di kementerian itu kita laksana program i-Suri bagi menghargai jasa ibu tidak bekerja namun banyak berbakti kepada negara," katanya dalam sesi Facebook Live bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun kedua penubuhan Kerajaan PAKATAN hari ini.

Wan Azizah turut mengimbas inisiatif lain dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), antaranya menangani isu keganasan rumah tangga.

"Kita juga memastikan Talian Kasih 15999 sebagai talian bebas tol, sebelum itu kena bayar untuk perkhidmatan tersebut, inilah apa yang kita usahakan," katanya.

Mengenai Covid-19, beliau menafikan Kerajaan PAKATAN tidak berbuat sesuatu untuk mencegah penularan wabak itu di negara ini ketika masih bergelar kerajaan.

"Harus diingat masa Covid-19 kes terakhir ketika Kerajaan PAKATAN ialah pada 15 Februari dan kes pertama pada 25 Januari, 11 hari tak ada kes baharu sehinggalah kita ditumbangkan.

"Pada masa itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru keluarkan kenyataan wabak itu sebagai pandemik dan bukan kita tak sekat kemasukan warga asing, apa pun ia bukan 'blame game' (mencari salah).

Sempena ulang tahun kedua majoriti rakyat mengundi dan memberi mandat kepada PAKATAN, beliau berkata keutamaan gabungan itu pada waktu ini ialah untuk sama-sama menangani Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619