AGENDA

Penjawat awam nadi, tulang belakang negara

1 Mei 2020, 1:58 AM
Penjawat awam nadi, tulang belakang negara

KUALA LUMPUR, 1 MMEI: Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam.

Beliau berkata penjawat awam merupakan nadi dan tulang belakang negara.

“Wabak #Covid-19 telah merubah paradigma baharu dari segi budaya kerja dan norma sosial masyarakat.

"Namun produktiviti terus diutamakan demi kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam entri terkini di laman media sosial rasmi beliau sempena Hari Pekerja, hari ini.

Terdapat kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini, termasuk petugas barisan hadapan seperti tenaga kerja kesihatan dan keselamatan yang kini bertungkus lumus memerangi penularan wabak Covid-19.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619