AGENDA

Pesakit sembuh Covid-19 tidak kebal, boleh dijangkiti semula - WHO

26 Apr 2020, 2:05 PM
Pesakit sembuh Covid-19 tidak kebal, boleh dijangkiti semula - WHO

SHAH ALAM, 26 APRIL: Pesakit Covid-19 yang sembuh diingatkan supaya terus berjaga-jaga kerana ia boleh dijangkiti semula memandangkan angka kematian global terus meningkat melebihi 200,000 orang, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Agensi itu berkata kadar pesakit yang sembuh tidak boleh dijadikan alasan bagi sesebuah negara melonggarkan langkah kawalan untuk merancakkan semula ekonominya, lapor Berita Harian.

"WHO menentang langkah terburu-buru melonggarkan kawalan kerana walaupun disahkan pulih, masih terdapat kemungkinan seseorang itu dijangkiti Covid-19 semula.

"Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan individu yang sembuh daripada wabak ini mempunyai antibodi dan akan terselamat daripada jangkitan kedua," katanya.

Agensi di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu bimbang golongan yang menganggap diri mereka 'kebal' selepas sembuh akan memandang remeh langkah keselamatan disyorkan apabila kembali bekerja.

Keyakinan tidak berasas itu dikhuatiri menjadi ancaman kepada orang lain kerana golongan berkenaan mungkin tidak lagi mahu memakai penutup hidung dan mulut kerana menganggap tidak akan membahayakan orang lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619