ADN

Hargai petugas barisan hadapan, DUN Paya Jaras sumbang sut PPE

24 Apr 2020, 6:30 AM
Hargai petugas barisan hadapan, DUN Paya Jaras sumbang sut PPE

SUNGAI BULOH, 24 APRIL: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras menyumbangkan kira-kira 470 sut pakaian perlindungan diri (PPE) dan 450 penutup hidung dan mulut kepada petugas perubatan Hospital Sungai Buloh di sini semalam.

Sumbangan itu disampaikan ahli dewan negerinya Mohd Khairuddin Othman kepada wakil kakitangan hospital berkenaan yang merawat pesakit Covid-19.

Mohd Khairuddin yang juga EXCO pembangunan generasi muda dan sukan dan pembangunan modal insan berkata sumbangan tersebut tanda sokongan kepada pasukan barisan hadapan.

"Pengorbanan mereka yang bertugas di hospital amat dihargai malah petugas barisan hadapan sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan orang lain," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata sumbangan kepada petugas barisan hadapan turut mendapat kerjasama dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Kebajikan Aman Puri dan 47 Cares Sungai Buloh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619