AGENSI

Saringan Covid-19 Pandu Lalu di Sepang, Hulu Selangor dan Gombak

20 Apr 2020, 12:55 PM
Saringan Covid-19 Pandu Lalu di Sepang, Hulu Selangor dan Gombak
Saringan Covid-19 Pandu Lalu di Sepang, Hulu Selangor dan Gombak

SHAH ALAM, 20 APRIL: Kerajaan Selangor meneruskan Saringan Covid-19 Pandu Lalu di lokasi baharu bagi mencegah pandemik itu mulai esok, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata saringan tersebut dijalankan di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (esok), Kelab Golf Bukit Beruntung, Hulu Selangor (Rabu) dan Pejabat Daerah Gombak (Rabu dan Khamis) bermula 9 pagi hingga 6 petang.

"Saringan menerusi kaedah pandu lalu ini percuma kepada golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang ada gejala Covid-19.

"Kerajaan Negeri menyasarkan seramai 400 orang masing-masing di Sepang dan Hulu Selangor akan melakukan saringan manakala 1,400 orang di Gombak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Amirudin berkata seramai 3,011 orang telah menerima manfaat daripada inisiatif yang dilaksana Kerajaan Negeri itu.

"Daripada jumlah tersebut, kita berjaya mengesan lima kes positif Covid-19. Kerajaan Negeri ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pejuang barisan hadapan terdiri sukarelawan Selcare Clinic Sdn Bhd, pejabat kesihatan daerah, pihak berkuasa tempatan danpolis," katanya.

Program Kerajaan Negeri itu, yang dikendali syarikat miliknya Selcare Clinic Sdn Bhd, telah dilaksana di Kajang, Sungai Ramal dan Dusun Tua.

Menggunakan tatacara yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tambahnya, saringan dilaksana di kawasan sasaran di zon merah selepas analisis data raya Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Maklumat lanjut mengenai program Saringan Komuniti boleh disemak daripada pasukan petugas berkenaan melalui pautan https://www.amirudinshari.com/stfc19 .

Sebelum ini, program itu di Dewan Raja Musa, Seksyen 7 Shah Alam menerima pujian daripada orang ramai kerana prosesnya mudah dan cepat manakala keputusannya boleh diketahui antara 24 jam - 48 jam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619