AGENDA

Covid-19: Maskargo komited hantar peralatan perubatan

16 Apr 2020, 4:37 AM
Covid-19: Maskargo komited hantar peralatan perubatan

SHAH ALAM, 16 APRIL: MAB Kargo Sdn Bhd (Maskargo) komited menguruskan penghantaran peralatan perubatan sepanjang masa dalam usaha negara mengekang wabak Covid-19, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Ibrahim Mohamed Salleh berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Luar Negeri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi memastikan semua peralatan perubatan dihantar mengikut keperluan.

"Untuk menampung permintaan pengangkutan udara yang agak luar biasa tinggi, kami sedang berinovasi dengan menggunakan pesawat penumpang untuk membawa kargo yang dipanggil projek P2C,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Maskargo sibuk menanggung permintaan pajakan yang tinggi selain terpaksa melaksanakan operasi berjadual.

Sehingga kini, sebanyak 94 penerbangan P2C dilakukan sejak 22 Mac lalu dan lebih daripada 250 penerbangan dirancang sehingga 31 Mei 2020.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619