EXCO

Permohonan RiDE ditangguh sehingga PKP tamat

16 Apr 2020, 4:26 AM
Permohonan RiDE ditangguh sehingga PKP tamat

SHAH ALAM, 16 APRIL: Permohonan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) ditangguhkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, kata EXCO pembangunan generasi muda, sukan dan pembangunan modal insan.

Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya menerima pelbagai pertanyaan daripada golongan belia berhubung inisiatif tersebut namun sebarang permohonan tidak dapat diproses buat masa ini.

"Semua pihak terutama golongan belia diminta bersabar, sama-sama kita berdoa semoga Selangor dan seterusnya Malaysia segera pulih daripada ancaman Covid-19," katanya kepada SelangorKini, hari ini.

Pada 12 Mac lalu, Mohd Khairuddin dilaporkan berkata seramai 2,500 penerima RiDE akan menjalani kursus secara berperingkat dengan syarikat e-panggilan bulan ini.

Belanjawan Selangor 2020 memperuntukkan subsidi RM350 untuk mengambil lesen motosikal kepada 3,000 belia mencari pekerjaan melalui aplikasi penghantaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619