ADN

Periksa jangkitan Covid-19 secara pandu lalu di Klang

16 Apr 2020, 2:24 AM
Periksa jangkitan Covid-19 secara pandu lalu di Klang

SHAH ALAM, 16 APRIL: Penduduk Klang kini boleh membuat pemeriksaan jangkitan wabak Covid-19 secara pandu lalu dan percuma di Klinik Kesihatan Pandamaran di Pelabuhan Klang.

Perkhidmatan sedemikian hanya boleh diperoleh di klinik terbabit yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 3 petang namun orang ramai perlu membuat temu janji terlebih dahulu, lapor The Star.

"Temu janji akan disahkan melalui pesanan mesej dari Jabatan Kesihatan negeri atau Kementerian Kesihatan (KKM). Individu harus diperiksa biasanya yang baharu pulang dari luar negara atau mempunyai hubungan dengan pesakit Covid-19,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran.

Tony Leong Tuck Chee berkata, sekiranya terdapat simptom sebegitu dan rasa perlu diperiksa maka individu berkaitan boleh mendaftar diri dengan KKM serta diberi temu janji.

Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada rakyat tempatan manakala caj RM1 dikenakan kepada warga asing, dengan sasaran 20 pelanggan setiap hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619