PBT

MB puji inisiatif MPSJ sedia sut lindung diri

15 Apr 2020, 8:55 AM
MB puji inisiatif MPSJ sedia sut lindung diri

SHAH ALAM, 15 APRIL: Inisiatif Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyediakan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan mendapat pujian Dato' Menteri Besar.

“Tahniah MPSJ, masing-masing menyumbang yang termampu untuk cuba sedaya upaya,” kata Dato' Seri Amirudin Shari menerusi Twitter.

MPSJ menerusi medium sama semalam memaklumkan pihaknya mengambil inisiatif menjahit pakaian PPE bagi kegunaan Klinik Kesihatan Seri Kembangan dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Inisiatif itu dijayakan 14 sukarelawan terdiri kakitangan MPSJ dan peserta Program Kesejahteraan Masyarakat Bandar (PKMB) MPSJ.

Selain itu inisiatif sama turut dijayakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang menyediakan PPE bagi petugas barisan hadapan Hospital Ampang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619