AGENDA

Kerajaan tarik balik kebenaran operasi kedai gunting rambut

13 Apr 2020, 6:39 AM
Kerajaan tarik balik kebenaran operasi kedai gunting rambut

SHAH ALAM, 13 APRIL: Kerajaan hari ini menarik balik kelulusan membenarkan kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendengar pandangan rakyat serta nasihat kumpulan pakar dan pertubuhan bukan kerajaan.

"Perdana Menteri membuat keputusan bahawa operasi semua premis tersebut tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP. Ini sekali gus menjawab segala persoalan yang ditimbulkan rakyat, jadi tidak ada lagi isu kerana ia tidak dibenarkan beroperasi," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengeluarkan senarai tujuh sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi semasa PKP fasa ketiga bermula 15 April ini, antaranya kedai gunting rambut dan kedai cermin mata.

Bagaimanapun, ia menimbulkan perbincangan hangat dalam media sosial ekoran kebimbangan wujud kluster baharu jangkitan Covid-19 di kedai gunting rambut.

Berikutan itu, kerajaan memberi jaminan akan meneliti semula cadangan tersebut dengan mengambil kira pandangan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619