AGENDA

PKP: Kebenaran buka kedai gunting rambut hanya di zon hijau

12 Apr 2020, 7:11 AM
PKP: Kebenaran buka kedai gunting rambut hanya di zon hijau

SHAH ALAM, 12 APRIL: Cadangan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga, hanya membabitkan kawasan zon hijau Covid-19, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) ketika memaklumkan perkara itu turut menjelaskan setiap pengusaha kedai gunting rambut perlu membuat permohonan terlebih dahulu.

"Daripada apa yang kita dimaklumkan oleh Miti, bukan bermakna bila umum (kedai gunting rambut beroperasi) automatik akan dilaksanakan, saya difahamkan ada proses permohonan, tak semestinya yang memohon akan diterima atau ditolak.

"Keputusan akan dibuat oleh Miti, lebih-lebih lagi cadangan di kawasan zon hijau saja, bagaimanapun perinciannya akan dikeluarkan oleh Miti nanti," katanya.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa menerima pandangan rakyat termasuk kebimbangan mengenai kemungkinan wujud kluster baharu jangkitan Covid-19 di kedai gunting rambut.

"Miti akan teliti dan perhalusi, kita serah kepada pihak Miti, biar mereka keluarkan kenyataan untuk beri penjelasan," katanya.

Kelmarin, Miti mengeluarkan senarai tujuh sektor perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi semasa PKP fasa ketiga bermula 15 April ini, antaranya kedai gunting rambut dan kedai cermin mata.

Bagaimanapun ia menimbulkan perbincangan hangat dalam media sosial ekoran kebimbangan wujud kluster baharu jangkitan Covid-19 di kedai gunting rambut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619