SELANGOR

Operasi Mahkamah Syariah Selangor ditutup sepanjang PKP

8 Apr 2020, 2:12 AM
Operasi Mahkamah Syariah Selangor ditutup sepanjang PKP
Operasi Mahkamah Syariah Selangor ditutup sepanjang PKP
Operasi Mahkamah Syariah Selangor ditutup sepanjang PKP

SHAH ALAM, 8 APRIL: Operasi seluruh Mahkamah Syariah di Selangor ditutup untuk sebarang urusan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan sehingga 14 April ini.

Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam kenyataan memaklumkan bagi urusan pemfailan kes-kes mal baharu dan dokumen yang berkaitan hanya akan diterima selepas tempoh PKP berakhir.

"Manakala, bagi perbicaraan/pendengaran/sebutan/pengurusan kes mal dan jenayah sepanjang tempoh PKP juga ditangguhkan dan notis penetapan tarikh baharu akan dikeluarkan kemudian," tulis kenyataan tersebut.

Selain itu, prosiding yang melibatkan majlis sulh, majlis tahkim, runding cara bahagian sokongan keluarga dan pelaporan oleh Jawatankuasa Pendamai sepanjang PKP turut ditangguhkan dan JAKESS akan mengeluarkan notis tarikh baharu akan datang.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan orang ramai boleh hubungi Mahkamah Syariah Selangor sepanjang tempoh PKP di nombor yang tertera pada poster dilampirkan atau layari laman web JAKESS di www.jakess.gov.my atau facebook dan instagram rasmi.

Waktu operasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619