ADN

ADN sumbang barang keperluan asas, baucar Jom Shopping

7 Apr 2020, 12:05 AM
ADN sumbang barang keperluan asas, baucar Jom Shopping

SHAH ALAM, 7 APRIL: Sebanyak 2,200 pek barang keperluan asas dan baucar Jom Shopping diberikan kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baru Klang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Ahli Dewan Negerinya, Dato' Teng Chang Khim berkata agihan itu dilakukan secara berjadual bermula sejak 1 April lalu membabitkan keluarga di lima pangsapuri kos rendah.

Antara pangsapuri terlibat ialah Pangsapuri Mawar Cempaka, Bandar Baru Klang; Pangsapuri Dahlia, Bandar Baru Klang; Pangsapuri Pelangi Indah, Jalan Pekan Baru; Pangsapuri Permai Bukit Kuda dan Pangsapuri Rebana, Bandar Bukit Raja.

"Saya harap sumbangan ini dapat meringankan beban mereka kerana sukar mendapatkan bekalan makanan asas berikutan perintah PKP.

"Semua juga berharap penduduk bukan sahaja di DUN ini malahan seluruh rakyat Selangor supaya ambil langkah berjaga-jaga, duduk rumah agar wabak Covid-19 dapat diputuskan," katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepada mereka yang mempunyai simptom Covid-19 agar segera membuat pemeriksaan di klinik atau hospital berhampiran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619