EXCO

PKP: Gotong-royong bersihkan rumah, cegah denggi di Selangor

6 Apr 2020, 3:02 AM
PKP: Gotong-royong bersihkan rumah, cegah denggi di Selangor

SHAH ALAM, 6 APRIL: Penduduk tetap Selangor dijemput sertai kajian ringkas berkaitan kebersihan rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maklum EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata kajian itu bagi membantu Jabatan Kesihatan Selangor dalam mencegah penularan denggi.

"Objektif kajian untuk melihat kesan PKP dan gotong-royong kendiri di rumah dengan situasi kes denggi di Selangor, sekali gus membantu perencanaan mengawal jangkitan demam itu," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Orang ramai boleh melayari https://forms.gle/qn94amW7kdMGf5sS9 untuk sertai kajian ini.

Baru-baru ini, Dr Siti Mariah memaklumkan kes denggi di Selangor menurun dan tiada kematian dilaporkan sehingga bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan masyarakat menggunakan masa terluang sepanjang tempoh PKP untuk membersihkan halaman rumah masing-masing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619