AGENDA

LHDN: Muflis, senarai hitam layak mohon BPN mulai esok

5 Apr 2020, 12:15 PM
LHDN: Muflis, senarai hitam layak mohon BPN mulai esok

PUTRAJAYA, 5 APRIL: Pemohon yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tetapi berstatus muflis atau disenarai hitam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mulai esok (6 April).

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata permohonan boleh dibuat secara dalam talian di www.hasil.gov.my atau pautan pantas https://bpn.hasil.gov.my/.

"Permohonan mereka akan diproses sewajarnya berdasarkan syarat kelayakan ditetapkan.

"Bagi permohonan yang lulus, bayaran BPN akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional," menurut kenyataan itu.

LHDN berkata kerajaan berharap bantuan tersebut benar-benar dapat membantu semua golongan rakyat yang memerlukan dan dibelanjakan secara berhemah.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan permohonan BPM boleh diajukan kepada Hasil Care Line (HCL) di talian 03-8911 1000 atau media sosial rasmi LHDN iaitu: Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM atau Twitter - https://twitter.com/LHDNMofficial.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619