AGENDA

MB: Tatacara nikah perlu perkenan Sultan Selangor

4 Apr 2020, 12:00 PM
MB: Tatacara nikah perlu perkenan Sultan Selangor

SELAYANG, 4 APRIL: Tatacara nikah di negeri ini perlu mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata perkara itu bagi mengawal himpunan ramai dalam tempoh enam bulan hingga setahun seperti disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Pada masa sama, Kerajaan Negeri akan merujuk isu nikah dan kahwin daripada Jabatan Agama Islam Selangor dan mufti serta membabitkan pandangan pakar syariah dan munakahat untuk kebaikan semua," katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada Majlis Perbandaran Selayang hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga akan mendapatkan kaedah bersesuaian supaya tidak berlaku himpunan ramai seperti majlis kenduri.

"Rakyat tidak boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan mengelakkan himpunan ramai supaya wabak ini dapat dilenyapkan," katanya.

Sebelum ini, Jais menangguhkan urusan pernikahan di negeri ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir pada 14 April.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619