AGENDA

Elak jangkitan Covid-19, Selangor tangguh anjur pasar tani

4 Apr 2020, 10:06 AM
Elak jangkitan Covid-19, Selangor tangguh anjur pasar tani

SELAYANG, 4 APRIL: Kerajaan Negeri menangguhkan penganjuran pasar tani di Stadium Shah Alam bagi mencegah risiko jangkitan Covid-19, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata keputusan dibuat setelah mendengar pandangan banyak pihak untuk mengelakkan orang ramai daripada menyerbu pasar tersebut.

"Kerajaan Negeri tidak mahu ia (pasar tani) menjadi punca perhimpunan dan kumpulan yang kurang wajar seperti dinasihatkan Kementerian Kesihatan," katanya selepas menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan Majlis Perbandaran Selayang di sini hari ini.

Dalam program itu, Amirudin menyerahkan 1,000 penutup hidung dan mulut, 300 pek makanan dan 300 cecair pembasmi kuman kepada anggota penguat kuasa yang menjalankan operasi.

Kelmarin, EXCO pertanian memaklumkan Majlis Keselamatan Negara meluluskan tapak Stadium Shah Alam di Seksyen 13 sebagai lokasi pasar tani sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, bermula esok.

Ir Izham Hashim berkata ia susulan pengumuman kerajaan supaya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan mengambil tanggungjawab menjual barangan basah bagi mengurangkan kesesakan di pasar awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619