EXCO

Wujudkan talian khas bantu tangani tekanan emosi, kewangan

2 Apr 2020, 3:06 PM
Wujudkan talian khas bantu tangani tekanan emosi, kewangan

SHAH ALAM, 2 APRIL: Kerajaan Negeri akan membuka satu talian baharu bagi membantu masyarakat yang mengalami tekanan emosi terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata jumlah panggilan Talian Kasih menunjukkan peningkatan kebelakangan ini dan dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

"Sepanjang PKP sebenarnya ramai yang alami tekanan terutama berkaitan kewangan, masa depan dan keluarga justeru kami mengambil pendekatan untuk membantu mereka yang terkesan.

"Buat masa ini, kita sedang dalam proses wujudkan talian itu dan kaunselor sukarelawan yang akan mengendalikan dan membantu golongan tersebut," katanya kepada SelangorKini.

Semalam menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa kedua, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi perkhidmatan kaunseling dan pakar untuk kesihatan mental melalui kelas interaktif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619