EXCO

Pakej Selangor Prihatin 2.0: Bantu rantaian makanan tidak putus - EXCO

2 Apr 2020, 11:22 AM
Pakej Selangor Prihatin 2.0: Bantu rantaian makanan tidak putus - EXCO

SHAH ALAM, 2 APRIL: Pakej Rangsangan Selangor Prihatin 2.0 yang diumumkan Kerajaan Negeri mampu mengelakkan rantaian bekalan makanan terputus, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata pakej itu turut memberi peluang kepada warga tani untuk memasarkan hasil seperti biasa termasuk mengekalkan kualiti produk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kerajaan Selangor tidak mahu pendapatan golongan ini terjejas walaupun dalam suasana PKP kerana pergerakan mereka agak terbatas.

"Justeru saya menggesa supaya petani, penternak atau nelayan yang ada masalah lebihan bekalan segera hubungi pejabat saya atau agensi berkaitan dengan kadar segera.

"Untuk hari ini sahaja kita sudah beli empat tan keledek daripada Hulu Chuchoh dan ia dipasarkan menerusi Pasar Agro Selangor," katanya ketika siaran langsung menerusi Facebook hari ini.

Semalam, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan seramai 5,000 petani dan nelayan diberikan bantuan khusus Agroprenuer berjumlah RM500,000 bagi mengurangkan kesan wabak Covid-19.

Selain itu, 2,000 daripada mereka juga dibantu melalui pengagihan benih, ternakan, peralatan serta bahan mentah dengan peruntukan RM1 juta.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619