PBT

MDHS beri sumbangan kepada keluarga terjejas perintah kawalan

26 Mac 2020, 3:45 AM
MDHS beri sumbangan kepada keluarga terjejas perintah kawalan

SHAH ALAM, 26 MAC: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memberi sumbangan khas kepada kira-kira 50 keluarga di kawasan pentadbirannya yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu, kata yang dipertuanya.

Shukri Mohamad Hamin berkata bantuan sosial itu termasuk bekalan barangan asas seperti beras, sardin, bihun, telur, gula, garam, kicap dan minyak

"Kita faham masalah dihadapi masyarakat terutama golongan peniaga dan penjaja kecil, jadi kita harap bantuan seperti ini meringankan beban mereka," katanya menambah bantuan diedarkan secara berperingkat.

Beliau berkata MDHS melalui Jawatankuasa Bencana Daerah (JBD) akan mengagihkan terus kepada penerima yang layak khususnya warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan penjaja kecil serta individu bergantung gaji harian tanpa memerlukan proses permohonan.

"Kita menyelaraskan senarai penerima bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Selangor dan Pejabat Parlimen untuk mengelakkan pertindihan nama penerima melalui JBD," katanya.

Program mendapat kerjasama Ahli Majlis turut menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan di beberapa masjid antaranya Masjid Serendah, Masjid Bandar Baru Batang Kali, Masjid Saidina Ali dan Bukit Sentosa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619