AGENDA

MB zahir ucapan takziah pemergian ibu Jokowi

26 Mac 2020, 12:58 AM
MB zahir ucapan takziah pemergian ibu Jokowi

SHAH ALAM, 26 MAC: Dato’ Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan keluarga berikutan kematian ibunya semalam.

"Saya mengucapkan takziah kepada Pak Jokowi atas pemergian bondanya. Semoga roh almarhumah dicucuri rahmah dan ditempatkan di syurga penuh nikmat.

"Semoga Pak Jokowi tabah menghadapi ujian pada waktu yang getir ini," katanya di Twitter beliau, malam tadi.

Menurut media dan siaran televisyen tempatan di Indonesia, Allahyarham Sujiatmi, 77, meninggal dunia di Solo, Jawa Tengah, pada 4.45 petang waktu Indonesia Barat dan punca kematiannya belum diketahui.

Allahyarham Sujiatmi dilahirkan pada 15 Februari 1943 di Surakarta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619