AGENDA

Operasi hotel terhad, pelancong domestik dilarang daftar masuk

21 Mac 2020, 2:05 AM
Operasi hotel terhad, pelancong domestik dilarang daftar masuk

SHAH ALAM, 21 MAC: Semua premis penginapan pelancong dibenarkan beroperasi secara minimum sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, maklum Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Menjawab soalan lazim, kementerian menjelaskan semua tetamu perlu berada di dalam bilik penginapan sepanjang tempoh perintah kawalan bermula 18 hingga 31 Mac ini.

Katanya, perkhidmatan sajian hanya boleh ditempah melalui servis bilik, manakala penggunaan kolam renang, gimnasium dan spa tidak dibenarkan.

"Proses pendaftaran tetamu ke premis penginapan pelancong bagi tempoh perintah tersebut dibenarkan tetapi dalam skala kecil dan dihadkan.

"Bagi tetamu yang terpaksa memanjangkan tempoh penginapan sepanjang perintah berkuat kuasa, mereka boleh mendaftar masuk ke premis bersesuaian dengan bajet masing-masing," kata kementerian itu.

Bagaimanapun, jelasnya, pelancong domestik baharu dilarang mendaftar masuk ke premis penginapan sepanjang tempoh tersebut.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang kini mencecah 1,030 kes di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 87 individu yang disahkan positif sebelum ini pulih selepas menjalani kuarantin, manakala tiga kematian dicatatkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619