AGENDA

Tidak benar jururawat Hospital Shah Alam dijangkiti Covid-19

18 Mac 2020, 7:26 AM
Tidak benar jururawat Hospital Shah Alam dijangkiti Covid-19
Tidak benar jururawat Hospital Shah Alam dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 18 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan laporan seorang jururawat di Hospital Shah Alam (HSA) dijangkiti Covid-19 adalah palsu dan meminta orang ramai berhenti menularkannya.

"Tiada jururawat bernama Ayu di HSA dijangkiti Covid-19.

"Hentikan menyebar maklumat palsu ketika kita sedang berhadapan krisis kerana ia memburukkan lagi keadaan," kata KKM menerusi Twitternya, hari ini.

 

Sebelum itu, tular di Instagram kononnya ada jururawat di hospital tersebut positif Covid-19.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata sebarang penciptaan atau penyebaran berita dan kandungan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun.

Orang awam yang mempunyai kemusykilan mengenai sesuatu berita, termasuk berkaitan Covid-19 sama ada ia sahih atau palsu boleh mendapatkan pengesahan maklumat mutakhir dengan pantas dan tepat melalui pautan https://t.me/sebenarnyamy

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619