AGENDA

Lebih 90 peratus perusahaan utama di China kembali operasi

17 Mac 2020, 8:05 AM
Lebih 90 peratus perusahaan utama di China kembali operasi

BEIJING, 17 MAC: Lebih 90 peratus sektor perusahaan utama di wilayah China yang terjejas akibat wabak Covid-19, kecuali beberapa kawasan tertentu termasuk Hubei, menyambung semula operasi dan pengeluaran.

"Terima kasih di atas langkah-langkah pemulihan spesifik dilaksanakan di wilayah itu," kata jurucakap Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara Meng Wei pada Selasa.

Wilayah termasuk Zhejiang, Jiangsu, Shanghai, Shandong, Guangxi, dan Chongqing hampir menyaksikan 100 peratus sektor perusahaan kembali beroperasi seperti biasa, menurut agensi berita Xinhua.

Data penggunaan elektrik menunjukkan pemulihan di seluruh sektor.

Industri logam bukan besi menyaksikan peningkatan penggunaan eletrik ke paras biasa seperti tahun lalu.

Penggunaan elektrik dalam industri farmaseutikal, kimia dan elektronik juga kembali mencapai tahap 90 peratus.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619