AGENDA

Covid-19: Itali catat rekod kematian tertinggi dalam sehari

16 Mac 2020, 12:58 AM
Covid-19: Itali catat rekod kematian tertinggi dalam sehari

SHAH ALAM, 16 MAC: Itali merekodkan 368 kematian semalam, jumlah tertinggi dilaporkan dalam sehari susulan penularan Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.

Angka korban di negara itu kini mencecah 1,809 orang, lebih separuh daripada semua kes yang direkodkan di luar China, lapor AFP.

Vatican mengambil langkah drastik membatalkan sambutan minggu Eastrer bermula 5 April depan susulan krisis yang berlaku.

Sementara itu, Gabenor wilayah Lombardy Attilio Fontana menyifatkan situasi di sekitar ibu kota Itali "semakin buruk".

"Kita semakin hampir ke satu keadaan untuk tidak lagi mampu merawat semua orang yang dijangkiti kerana kekurangan katil di unit rawatan rapi," katanya.

Wilayah Lombardy mencatatkan 1,218 kematian secara rasmi ekoran Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu, lebih tinggi berbanding jumlah kematian yang digabungkan di seluruh Eropah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619