AGENDA

Covid-19: KPM gesa tangguh acara perhimpunan ramai

13 Mac 2020, 2:50 AM
Covid-19: KPM gesa tangguh acara perhimpunan ramai

SHAH ALAM, 13 MAC: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggesa semua perhimpunan termasuk acara sukan dan aktiviti kokurikulum pada bulan ini ditangguhkan susulan penularan wabak Covid-19.

KPM berkata semua warga kementerian juga diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pengawalan penularan jangkitan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Warga kementerian juga dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke luar negara terutama wilayah atau bandar sedang mengalami wabak Covid-19,” katanya.

Mengambil cakna penularan wabak itu, KPM menasihatkan orang ramai supaya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kebangsaan sekiranya mengalami gejala.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619