AGENDA

ADN Bersatu tandatangan akuan bersumpah sokong Pakatan Selangor

12 Mac 2020, 3:15 PM
ADN Bersatu tandatangan akuan bersumpah sokong Pakatan Selangor

PELABUHAN KLANG, 12 MAC: Empat Ahli Dewan Negeri (ADN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pakatan Harapan (Pakatan) Selangor, kata Dato' Menteri Besar.

Mereka adalah ADN Kuang Sallehudin Amiruddin, ADN Batang Kali Harumaini Omar, ADN Jeram Mohd Shaid Rosli dan ADN Dengkil Adhif Syan Abdullah.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata beliau menerima SD tersebut dan akan membawanya kepada kepemimpinan pusat.

“Kita kena rujuk kepemimpinan parti di peringkat pusat sama ada boleh menerima mereka sebagai sebahagian kerajaan atau terus biarkan mereka sebagai pembangkang di Selangor.

“Setakat ini, mereka masih mewakili Bersatu dan tidak menunjukkan keinginan untuk menyertai KEADILAN,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Logistik Pelabuhan Barat di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata Kerajaan Negeri belum memutuskan calon mengisi kerusi EXCO yang dikosongkan Pengerusi Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619