AGENDA

Stadium Nasional Bukit Jalil hak eksklusif Harimau Malaya

6 Mac 2020, 9:54 AM
Stadium Nasional Bukit Jalil hak eksklusif Harimau Malaya

SHAH ALAM, 6 MAC: Perlawanan Liga Super Selangor menentang Perak esok menjadi aksi domestik terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil susulan hak eksklusif diberikan kepada skuad Harimau Malaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata 'larangan' tersebut bagi menjaga prestij stadium sebagai gelanggang skuad kebangsaan, lapor Berita Harian.

"Selepas ini penggunaan stadium hanya dibenarkan bagi pengelolaan aksi final atau perlawanan membabitkan pasukan kebangsaan," katanya.

MFL sebelum ini meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Selangor untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi alternatif selepas Stadium Shah Alam dan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak boleh digunakan.

Ab Ghani turut mengingatkan pasukan Liga Malaysia supaya lebih bersedia dalam persiapan lokasi utama pasukan tuan rumah pada masa akan datang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619