AGENDA

Covid-19: FIFA kaji tangguh pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Asia

6 Mac 2020, 12:04 AM
Covid-19: FIFA kaji tangguh pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Asia

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sedang mengkaji langkah menangguhkan pusingan kedua kempen Kelayakan Bersama Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 susulan penularan Covid-19 di seluruh dunia.

FIFA dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kesejahteraan dan kesihatan semua individu yang terlibat dalam perlawanan bola sepak kekal menjadi keutamaan tertinggi.

"Oleh itu, satu cadangan rasmi untuk menangguhkan perlawanan akan datang dalam kelayakan Piala Dunia FIFA Asia 2022 dan Piala Asia AFC 2023 akan dikongsi dengan anggota persatuan yang relevan,” katanya.

FIFA dan AFC akan menyediakan kemas kini berhubung jadual perlawanan pada masa akan datang susulan perundingan yang dilakukan dengan persatuan yang menganggotai AFC, menurut kenyataan itu.

Harimau Malaya di bawah bimbingan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe akan beraksi menentang Emiriah Arab Bersatu di Dubai pada 26 Mac sebelum menjadi tuan rumah kepada Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Mac dalam kelayakan Kumpulan G.

Sementara itu, FIFA akan terus memantau situasi berkaitan Covid-19 dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia, konfederasi dan anggota persatuan, menurut kenyataan tersebut.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619