PBT

Kutipan caj beg plastik, tiada peniaga bantah di Petaling Jaya

2 Mac 2020, 7:27 AM
Kutipan caj beg plastik, tiada peniaga bantah di Petaling Jaya

SHAH ALAM, 2 MAC: Tiada peniaga membantah pelaksanaan kutipan caj beg plastik dijalankan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kata Datuk Bandarnya.

Dato' Mohd Sayuthi Bakar berkata sehingga kini terdapat 40 perniagaan berskala besar sudahpun berdaftar dengan pihaknya bagi membolehkan kutipan caj beg plastik dijalankan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT).

"MBPJ membuat keputusan untuk membuat kutipan dari peniaga pada setiap suku tahun," katanya selepas mesyuarat penuh MBPJ pada 27 Februari.

Bermula 1 Januari lalu, Kerajaan Negeri meluluskan pelaksanaan serahan kutipan caj beg plastik 20 sen kepada PBT.

Perubahan pelaksanaan itu membolehkan jumlah kutipan dipantau dan dimanfaatkan bagi tujuan pengurusan peruntukan bagi program dan aktiviti berkaitan alam sekitar dengan lebih berkesan serta diyakini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619