AGENDA

Dr Mahathir tiba di Istana Negara menghadap Agong

27 Feb 2020, 3:34 AM
Dr Mahathir tiba di Istana Negara menghadap Agong

KUALA LUMPUR, 27 FEB: Perdana Menteri Sementara Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara hari ini untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan rasmi Dr Mahathir dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada 10.57 pagi.

Bernama masih cuba mendapatkan pengesahan berhubung tujuan kehadiran Dr Mahathir di Istana Negara.

Yang di-Pertuan Agong selesai menemu bual ahli-ahli Parlimen secara individu pada Isnin dan Selasa susulan kemelut politik negara berikutan kerajaan Pakatan Harapan (Pakatan) hilang kuasa.

Seri Paduka mahu mendengar sendiri pandangan setiap Ahli Parlimen dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut tersebut.

Ini menyaksikan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen subur di negara ini apabila Al-Sultan Abdullah menjalankan peranan dalam mendapatkan fakta bagi membantu baginda membuat keputusan lanjut berhubung masalah tersebut.

Dr Mahathir pada Isnin, meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh serta pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa jam kemudian Seri Paduka melantiknya sebagai Perdana Menteri sementara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619