AGENSI

Padah jual topeng muka mahal, premis didenda RM10,000

27 Feb 2020, 12:28 AM
Padah jual topeng muka mahal, premis didenda RM10,000

SHAH ALAM, 27 FEB: Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) baru-baru ini mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 kepada sebuah premis di Petaling Jaya yang menjual topeng muka melebihi harga kawalan.

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata pemeriksaan ke atas sebuah premis di Bandar Sunway dibuat hasil aduan orang awam, lapor Sinar Harian.

“Siasatan mendapati premis terbabit menjual topeng muka pada harga RM10 sepeket (3 keping) sedangkan harga maksimum yang ditetapkan ialah RM2.40 sepeket (3 keping)," katanya.

Susulan itu, pemilik premis yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun hadir ke pejabat KPDNHEP Petaling Jaya kelmarin untuk membayar kompaun tersebut.

Menjual topeng muka melebihi harga kawalan adalah salah menurut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619