AGENDA

Isu milikan 38 lot tanah Kampung Indian Settlement selesai

21 Feb 2020, 4:44 AM
Isu milikan 38 lot tanah Kampung Indian Settlement selesai

BATU CAVES, 21 FEB: Isu pemilikan 38 lot tanah penduduk Kampung Indian Settlement yang berlarutan sejak 40 tahun lalu berjaya diselesaikan Kerajaan Negeri, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata kejayaan itu selari hasrat memastikan rakyat Selangor memiliki aset sendiri dan berharap ia tidak dijual demi keuntungan.

"Kampung Indian Settlement adalah kawasan setinggan yang tiada kemudahan asas sempurna, justeru kita pindahkan ke penempatan baharu yang lebih selesa di Mukim Batu iaitu Kampung Sungai Tua dan Bandar Baru Selayang serta Kampung Benggali di Mukim Rawang," katanya berucap pada Majlis Penyampaian Notis 5A di Balai Penghulu Mukim Batu di sini, hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan RM7 juta bagi penempatan baharu tersebut merangkumi kos ambil alih tanah serta pembinaan jalan raya dan parit.

Pada masa sama, katanya, Selangor akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dan perancangan yang memfokuskan kesejahteraan dan taraf sosioekonomi rakyat.

"Kita komited memastikan tiada golongan terabai dalam arus kemajuan dan hasil negeri akan dikongsi bersama rakyat," katanya.

Pada 7 Februari lalu, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan isu pemilikan tanah membabitkan lebih 100,000 peneroka sejak 2008.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619