AGENDA

TPM: Kabinet tidak bincang mengenai MH370

19 Feb 2020, 1:37 PM
TPM: Kabinet tidak bincang mengenai MH370

PUTRAJAYA, 19 FEB: Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan apa-apa berkaitan kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines susulan dakwaan dibuat bekas Perdana Menteri Australia Tony Abbott berhubung tragedi itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Tidak, ia tidak ada dalam agenda kami. Menteri MOT (Kementerian Pengangkutan) berada di luar negara," katanya semasa ditanya pemberita di sini, hari ini, sama ada Kabinet membincangkan perkara itu.

Abbott dalam klip daripada satu dokumentari yang disiarkan pada Rabu (19 Februari) mendakwa seorang “pegawai atasan” Malaysia percaya kehilangan pesawat MH370 mungkin disebabkan juruterbang melakukan pembunuhan beramai-ramai dan membunuh diri.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014, semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619