AGENDA

TPM: Malaysia masih selamat dikunjungi

15 Feb 2020, 11:58 PM
TPM: Malaysia masih selamat dikunjungi

GEORGE TOWN, 16 FEB: Rakyat diseru untuk bersama-sama memberikan mesej positif, bahawa Malaysia masih selamat dikunjungi walaupun negara kini berdepan penularan Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata permulaan tahun ini agak mencabar khususnya untuk sektor pelancongan dan kerajaan sedang merangka pelbagai strategi bagi membantu industri itu.

"Sehingga hari ini, kerajaan persekutuan masih melaksanakan penganjuran acara atau program serta aktiviti membabitkan orang ramai.

“Namun, kita perlu sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah perlindungan diri serta kesiapsiagaan seperti saranan Kementerian Kesihatan dalam menangani penularan tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Tahun Baharu Cina 2020 di Padang Kota Lama, di sini malam tadi.

Pada masa sama, beliau turut menasihati rakyat untuk tidak menyebarkan dan mempercayai berita tidak benar atau maklumat palsu di media sosial yang menimbulkan kesan buruk seperti perasaan panik serta pergaduhan.

Sebaliknya, masyarakat digalakkan sentiasa merujuk portal ‘sebenarnya.my' bagi mendapatkan maklumat terkini yang sahih daripada sumber rasmi kerajaan.

Katanya, dalam usaha menangani persepsi negatif terhadap penularan Covid-19, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan bagi merangka strategi pemulihan industri pelancongan negara yang terkesan dengan keadaan itu.

Selain itu, Motac turut merangka strategi jangka masa pendek untuk pasaran jarak dekat negara ASEAN, sebagai kempen alternatif untuk pemulihan industri pelancongan negara.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619