PBT

Kakitangan MDHS, penyewa premis gotong-royong bersih dewan

15 Feb 2020, 7:19 AM
Kakitangan MDHS, penyewa premis gotong-royong bersih dewan
Kakitangan MDHS, penyewa premis gotong-royong bersih dewan
Kakitangan MDHS, penyewa premis gotong-royong bersih dewan

HULU SELANGOR, 15 FEB: Seramai 70 kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) termasuk penyewa premis bergotong-royong membersihkan Dewan Dato' Abdul Hamid, Batang Kali di sini semalam.

Program bermula pada 3 petang itu bertujuan meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan premis selain mengeratkan hubungan silaturahim antara penyewa serta kakitangan.

Jurucakap MDHS berkata kerja pembersihan meliputi bahagian dalam serta luar dewan seperti longkang, tandas, surau, lantai dan sekitar kawasan terbabit.

"Lokasi ini dipilih berdasarkan kekerapan penyewaan dewan oleh masyarakat setempat untuk aktiviti kenduri, pertandingan sukan dan ceramah. Oleh itu, kebersihan dan keceriaan penting untuk memberi keselesaan kepada penyewa," katanya dalam kenyataan.

MDHS turut memaklumkan pihaknya menyasarkan program terbabit dijalankan tiga kali setahun dengan tumpuan di kawasan harta pentadbiran mereka seperti pasar awam, premis makanan dan dewan komuniti.

"Ia bagi mewujudkan rasa tanggungjawab dalam menjaga kemudahan yang disediakan dan pembersihan tidak bergantung kepada PBT sahaja, malah penyewa juga perlu memainkan peranan memastikan premis disewa sentiasa kemas serta bersih," kata kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619