AGENDA

Khalid: Struktur kondominium di Taman Desa mungkin tidak ikut spesifikasi

15 Feb 2020, 5:36 AM
Khalid: Struktur kondominium di Taman Desa mungkin tidak ikut spesifikasi

KUALA LUMPUR, 15 FEB: Struktur asas yang tidak kukuh atau tiang yang tidak menepati spesifikasi berkemungkinan punca sebahagian struktur kondominium 37 tingkat di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini runtuh, semalam, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

"Bangunan itu didapati runtuh sebelum hujan. Ia bukan tanah runtuh dan kejadian berlaku sebelum hujan. Mungkin struktur bangunan itu sendiri tidak mengikut spesifikasi sehingga roboh daripada tingkat enam hingga ke bawah," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program 'Kempen KITA' di Perumahan Awam Seri Perak di Sentul, hari ini.

Bagaimanapun, Khalid berkata siasatan dan kajian mendalam perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar runtuhan itu.

Jelasnya, berikutan insiden itu pembinaan projek kondominium dihentikan serta-merta bagi memberi laluan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan membuat penilaian.

Khalid turut menasihati semua pemaju supaya tidak menggunakan jalan pintas ketika melaksanakan projek pembinaan.

"Dalam hal ini, tiada siapa pun yang untung. Pemaju sepatutnya mengikut semua prosedur yang ditetapkan," katanya.

Dalam kejadian itu, dua warga Bangladesh dilaporkan terperangkap di tingkat satu selepas lantai tempat letak kereta di tingkat enam kondominum dalam pembinaan runtuh pada 3.40 petang.

Mangsa pertama diselamatkan pada 5.15 petang, manakala mangsa kedua pada 9.40 malam.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619