ADN

Penghadang jalan elak kemalangan di SMK Subang Utama

14 Feb 2020, 3:57 AM
Penghadang jalan elak kemalangan di SMK Subang Utama

SHAH ALAM, 14 FEB: Pembinaan penghadang jalan sepanjang 75 meter oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi mengelakkan kemalangan serta kesesakan berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Subang Utama, kata Ahli Dewan Negeri Subang Jaya.

Michelle Ng Mei Sze berkata projek itu yang siap pada Januari lalu itu dapat mengelakkan ibu-bapa dari meletak kenderaan di bahu jalan ketika menghantar mahupun mengambil anak dari sekolah terbabit.

"Sebelum ini apabila mereka meletakkan kenderaan di situ, ia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri tetapi turut mendatangkan risiko kepada pemandu di sepanjang jalan SS18, ia kerana trafik bagi kawasan itu agak laju dan sesak.

"Saya bersyukur kerana MPSJ mengeluarkan peruntukan RM18,000 bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika meninjau lokasi penghadang jalan raya di SMK Subang Utama bersama Ahli Majlis MPSJ, Ken Chia serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Subang Utama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619