PBT

SAOW di Aeon Shah Alam Sabtu ini

12 Feb 2020, 9:11 AM
SAOW di Aeon Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 12 FEB: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) akan beroperasi di pekarangan tempat letak kereta AEON Mall Shah Alam, Seksyen 13 di sini Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad berkata SAOW itu akan beroperasi bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

"Perkhidmatan ini memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Ia akan menyediakan kemudahan semakan dan pembayaran cukai taksiran, pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya," katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619