AGENSI

Air Selangor ikrar bebas rasuah

10 Feb 2020, 10:18 AM
Air Selangor ikrar bebas rasuah
Air Selangor ikrar bebas rasuah

SHAH ALAM, 10 FEB: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah pada 4 Februari lalu bagi menjadi organisasi berintegriti tinggi, kata ketua komunikasi korporatnya.

Abdul Halem Mat Som berkata komitmen dizahirkan menerusi dasar kerja berpasukan, keikhlasan, profesionalisme dan perkhidmatan terbaik.

"Polisi tiada hadiah dan pemberi maklumat, pengisytiharan konflik kepentingan, perjanjian integriti perolehan dan garis panduan bukan pakatan adalah langkah awal dipraktikkan," katanya dalam kenyataan.

Lafaz di hadapan Pengarah Bahagian Pendidikan Komuniti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Razim Mohd Noor di ibu pejabat Air Selangor turut disertai pengurusan kanan Air Selangor.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata pihaknya bertanggungjawab mematuhi ikrar untuk mengelak daripada menerima atau memberi sebarang jenis rasuah.

Beliau berkata siri jelajah antirasuah dalam kalangan warga kerja juga akan diadakan selama tiga bulan bermula Februari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619