ADN

1,000kg ikan murah habis dijual dalam dua jam

10 Feb 2020, 4:32 AM
1,000kg ikan murah habis dijual dalam dua jam

SHAH ALAM, 10 FEB: Program Jualan Murah Ikan Segar anjuran Pusat Khidmat Sungai Kandis yang julung kali diadakan semalam mendapat sambutan menggalakkan apabila 1,000 kilogram ikan segar habis dijual dalam tempoh dua jam.

Ahli Dewan Negerinya berkata jualan di Padang Rakyat Jalan Kebun menawarkan ikan sardin, cencaru dan mabong dengan harga RM7 sekilogram.

“Kita mahu membantu penduduk mendapatkan gizi makanan terbaik untuk keluarga dengan harga yang terjangkau dan sambutan di luar jangka," kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Menurutnya, program akan diteruskan di kawasan penduduk berpendapatan rendah seperti Johan Setia, Bandar Putera 2, Kampung Bukit Naga, Bandar Putera, Kampung Sungai Kandis, Teluk Menegun, Kampung Jawa dan Andalas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619