AGENDA

Abam Bocey meninggal dunia, MB rakam takziah

10 Feb 2020, 2:24 AM
Abam Bocey meninggal dunia, MB rakam takziah

SHAH ALAM, 10 FEB: Selebriti dan pelawak terkenal, Abam Bocey disahkan meninggal dunia pagi ini.

Berita sedih itu dikongsikan dua rakan seperjuangan dalam kumpulan Bocey, Mohd Nasir Hamzah atau lebih dikenali Achey dan Fadzlie Mohd Nizam atau Fad menerusi Instagram.

Kematian mengejut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 32, juga mendapat perhatian Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari yang merakamkan takziah kepada ahli keluarga dan sahabat Allahyarham.

"Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga penuh nikmat.

"Sumbangan beliau dalam menceriakan industri hiburan tanah air akan sentiasa dikenang. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran di Twitter.

Kematian Abam difahamkan akibat demam, kata adiknya Ali Puteh, lapor mStar.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali dan anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Beliau mula menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega sejak 2013 pernah muncul juara dua kali pada 2015 dan 2016 selain tempat ketiga (2019).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619