AGENDA

Rakyat dijangkiti koronavirus di hospital swasta, pusat beli-belah palsu

9 Feb 2020, 6:33 AM
Rakyat dijangkiti koronavirus di hospital swasta, pusat beli-belah palsu
Rakyat dijangkiti koronavirus di hospital swasta, pusat beli-belah palsu

SHAH ALAM, 9 FEB: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan mesej tular berkenaan seorang rakyat tempatan dijangkiti koronavirus 2019 (2019-nCoV) di salah sebuah hospital swasta di sini.

KKM dalam kenyataan di Facebook memaklumkan pesanan itu adalah palsu dan meminta orang ramai tidak mempercayai serta menyebarkan berita berkenaan.

"Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu ini,” tegas KKM semalam.

Difahamkan terdapat mendakwa seorang warga tempatan dijangkiti koronavirus di Hospital Sunway Cheras sekali gus memberi amaran kepada orang awam untuk tidak mendekati lokasi terbabit.

Pada masa sama, KKM turut menafikan dakwaan sama membabitkan individu di tingkat tiga pusat beli-belah Mid Valley dan pengurusan pusat membeli belah itu turut memaklumkan ia adalah palsu selain pihaknya sentiasa melakukan pemantauan.

"Kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menempatkan bahan pembasmi kuman di lokasi tertentu serta menjalankan pemeriksaan suhu terhadap kakitangan pengurusan dan pembekal barangan dari semasa ke semasa,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619