AGENDA

Koronavirus: Malaysia, negara ASEAN lain sentiasa kongsi maklumat

7 Feb 2020, 6:20 AM
Koronavirus: Malaysia, negara ASEAN lain sentiasa kongsi maklumat

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Malaysia sentiasa bekerjasama erat dengan negara anggota ASEAN lain dalam berkongsi data dan maklumat mengenai koronavirus 2019.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata maklumat diperoleh negara sentiasa dikongsi dengan kesemua negara blok berkenaan, antara lain melalui persidangan video.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata data diperoleh negara juga dikongsi dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

"Sebab kita tahu, virus ini novel, kita tak tahu secara terperinci bagaimana dia malah apa semua itu, jadi kalau kita ada perkongsian ilmu dan data ini akan banyak membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taska Parlimen Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Thailand memberi kerjasama kepada Indonesia dan negara anggota ASEAN lain bagi membendung penularan virus berkenaan sepertimana diciap Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha dalam akaun twitter rasminya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619