PBT

MPSepang kemas kini laluan bas Smart Selangor

4 Feb 2020, 10:02 AM
MPSepang kemas kini laluan bas Smart Selangor

SHAH ALAM, 4 FEB: Laluan Bas Smart Selangor di kawasan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dikemas kini bagi memudahkan pengguna ke destinasi tertentu yang tidak dilalui sebelum ini, kata penolong pengarah Bahagian Pengangkutan dan Pembangunan Mampannya.

Mohd Adham Mahmood berkata langkah itu dibuat selepas aduan sepanjang tahun lalu diteliti sebelum ia dilaksana pada bulan ini berdasarkan perbincangan dalam mesyuarat peringkat negeri.

"Dengan perubahan ini, masa menunggu akan lebih panjang sekitar 20 hingga 30 minit jika aliran trafik lancar dan sekiranya permintaan lebih tinggi kita akan pertimbangkan untuk menambah perkhidmatan bas pada masa akan datang," katanya.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat menerusi aplikasi Sistem Pengangkutan Pintar Selangor membabitkan empat laluan termasuk perincian laluan, jadual ketibaan dan pelepasan serta lokasi bas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619