ADN

ADN salur RM19,994 baik pulih susur gajah sekolah

3 Feb 2020, 6:21 AM
ADN salur RM19,994 baik pulih susur gajah sekolah

SUBANG JAYA, 3 FEB: Ahli Dewan Negeri Subang Jaya menyalurkan peruntukan RM19,994 bagi membantu kerja baik pulih laluan susur gajah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Jaya yang rosak sejak dua tahun lepas.

Michelle Ng berkata laluan berbumbung sepanjang 68 meter yang menghubungkan antara bangunan sekolah sebelum ini sudah reput dan dimakan anai-anai.

"SMK Subang Jaya dibina pada 1985 dan merupakan sekolah tertua di sini sekali gus memerlukan banyak proses naik taraf infrastruktur termasuk dewan dan juga tembok.

"Pihak saya sudah membuat permohonan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia supaya menyalurkan peruntukan (naik taraf dewan dan tembok) buat sekolah, semoga dengan kerja baik pulih ini mendatangkan rasa lebih semangat kepada guru, kakitangan serta pelajar," katanya pada sidang media di SMK Subang Jaya di sini hari ini.

Hadir sama pengetuanya, Mohd Zailani Othman dan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Nasarudin Ibrahim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619