AGENDA

Usaha tangani koronavirus tiada kaitan dengan kaum

31 Jan 2020, 3:24 AM
Usaha tangani koronavirus tiada kaitan dengan kaum

SHAH ALAM, 31 JAN: Rakyat Malaysia digesa berhenti mengaitkan usaha kerajaan menangani wabak koronavirus 2019 dengan isu perkauman, kata menteri luar negeri.

Datuk Saifuddin Abdullah berkata isu terbabit timbul susulan jangkitan itu berasal dari China, lapor Malaysiakini.

"Koronavirus kebetulan datang dari China, sebelum ini kita ada ebola dari Afrika dan jangkitan lain dari benua yang lain tetapi tidak pernah timbul isu perkauman.

"Sebab itu saya harap kita sebagai rakyat Malaysia boleh hentikan isu perkauman ini," katanya kepada media pada majlis Tahun Baru Cina di Kuantan, Pahang semalam.

Sehingga semalam, jumlah kematian akibat wabak itu di China meningkat kepada 213 dengan 9,692 kes dilaporkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619