AGENDA

Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia catat jualan RM402 juta

30 Jan 2020, 9:05 AM
Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia catat jualan RM402 juta

KAJANG, 30 JAN: Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) mencatatkan jualan RM402 juta di semua rangkaian pasaraya Tesco di seluruh negara setakat suku kedua tahun lalu, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna berkata jumlah itu meningkat 2.3 peratus berbanding 2018 dengan majoriti disumbangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Kita menghargai sokongan Tesco yang komited menjayakan inisiatif KBBM selain memberikan laluan kepada usahawan PKS memasarkan produk di 60 rangkaian pasar raya berkenaan di seluruh negara.

“Sebahagian produk PKS juga dipasarkan melalui syarikat penerbangan Air Asia, Lazada dan Shoppe, malah memperoleh pencapaian luar biasa melalui kolaborasi ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran KBBM di Tesco Extra Kajang di sini hari ini.

Sebanyak 13 syarikat PKS baharu diberi peluang untuk disenaraikan di Tesco dengan pengecualian yuran penyenaraian (listing fee) bagi memasarkan produk mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619